Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 20 July 2012

Majlis kawin meor bota kiri

30hb jun 2012, kami mengiringi persembahan sempena perkahwinan ahli tlkj sendiri saudara meor bertempat di Taman Tok Said bota.Alhamdullilah majlis diserikan dengan persembahan ahli cawangan bota menyambut ketibaan pasangan pengantin sekitar jam 1.25 minit petang.
Selepas selesai persembahan , pengantin di bawa ke pelamin untuk disangdingkan sebelum makan beradab di khemah pengantin. Kami menamatkan tugas sekitar jam 3 petang dan pulang ke ipoh dengan seribu kenangan bermakna.. terima kasih atas jemputan kami mendoakan kalian berbahagia sehingga ke akhir usia..amin......




Sekitar majlis.:-
tata...:-)

Friday 22 June 2012

Majlis Perkahwinan Arip (pengkalan) dan Ustaz Arip bt gajah

Salam, 9 hb 6, kami mengiringi 2 majlis perkahwinan yang bertempat di Pengkalan Pegoh(saudara arip, ahli terlak lintau kuntau jawa) dan ustaz arip ( tenaga pengajar al barakah) .. Alhamdulilah kedua majlis ini berjalan dengan lancar walau terpaksa hadapi masalah kekurangan ahli pada mulanya... kami wakil kumpulan ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua pengantin ini maafkan jika ada kekurangan dari pihak kami sepanjang majlis dan kami mendoakan semoga kalian berbahagia selamanya...

Majlis kawin bt gajah:-




Thursday 7 June 2012

Majlis Perkahwinan Amir 3hb Jun 2012

Selepas selesai majlis menyambut mb perak..kami bersiap untuk ke majlis amir bertempat di pinji mewah,, kami ditemani kumpulan muzik gendang silat yg sudi datang dari Johor dan Kuala Lumpur untuk memeriahkan majlis ini. Setibanya kami di rumah pengantin, kami melaraskan peralatan muzik terlebih dahulu sebelum memulakan persembahan kira jam 12.30 tengah hari.. Pengantin tiba tepat jam 1.45 diiringi muzik berarak sambil pertubuhan seni silat terlak lintau dan kuntau jawa membuka sembah pengantin menyambut ketibaan raja sehari itu. Sehingga la pengantin berenjis dan makan beradab , kami memainkan tugas semula untuk membuat pesembahan di hadapan beliau . Alhamdulilah majlis berjalan lancar kelihatan ramai ahli lama yang hadir termasuk Cikgu Mokhtar pengerusi pertubuhan yang turut sama memeriahkan majlis tersebut..kami mendoakan kalian berbahagia sehingga ke hujung usia...sekian...


Menyambut Menteri Besar Perak

3 hb jun 2012 , kami diberikan tugas yang agak menguji kemampuan kami apabila perlu bermain untuk 2 majlis yang agak besar.. pertama kami perlu mengiringi menteri besar perak yang tiba di pengkalan pegoh untuk merasmikan program di sana dan keduanya untuk bermain di majlis saudara amir ahli persatuan juga.. jam 9 pagi kami tiba di dewan pengkalan pegoh sementara menunggu ketibaan mb perak. Alhamdullilah tidak lama menunggu sekitar jam 9.45 beliau tiba di lokasi , kami mengiringi beliau dengan sembah buka sebelum bergegas ke rumah semula untuk bersiap ke majlis amir di pinji mewah.,


:- SEKITAR MAJLIS....

PENGKALAN HULU GRIK

Salam , pada 27 hb mei 2012.. kami telah ke Pengkalan Hulu Grik Perak untuk menghadiri pertandingan silat seni peringkat negeri perak tahun 2012.Memandangkan 2 wakil dari pertubuhan yang dapat memasuki peringkat negeri dalam acara solo, kami berhasrat untuk turut sama turun memberikan semangat . Sebanyak 4 buah kereta turun bersama meberikan semangat kepada adik2 yang berjaya untuk bertanding pada hari tersebut. Seawal jam 5 pagi kami memulakan perjalanan manakala ada beberapa ahli yang lebih awal sudah tiba di pekan grik dan menetap semalaman di sana. Kami berkumpul di pekan grik awal pagi ahad itu sebelum meneruskan perjalanan ke Pengkalan Hulu. Perjalanan yg agak mencabar apabila terpaksa menempuh sekatan jalan raya pihak berkuasa..alhamdullilah semuanya selamat tidak ada apa yang memberikan masalah kepada kami.(huhuhu) ... Kami tiba di dewan sekolah tersebut kira jam 12 tengah hari... sementara menunggu giliran untuk peserta kami bermain , sempat juga berjumpa dengan rakan2 yang lain antaranya kumpulan gendang cenderawasih 9 yang turut bertanding. Agak lama menunggu kami meneruskan dulu kewajiban untuk mengisi perut yang berkeroncong kelaparan...Jam 3 petang tiba lah pesembahan mew3akili pertubuhan seni silat terlak lintau dan kuntau jawa bermula...dengan nasihat dan semangat diberikan.. alhamdullilah adik2 ini berjaya membuat persembahan dengan begitu baik... Seperti yang dikatakan , menang kalah bukan penentu segalanya , ukhuwah yang terjalin lebih utama dari memikirkan pingat atau pun tempat kedudukan seseorang. . walaupun tidak bergelar juara, namun pengalaman yang ada dapat dijadikan kenang kenangan untuk masa depan . Itu lebih bermakna .. Sekian..semoga berjumpa lagi..terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan perjalanan pada kali ini..assalam....

Sunday 20 May 2012

Persediaan kejohanan silat seni peringkat Negeri

Salam , setelah lama mnyepi , hari ini terasa ingin membuat laporan mengenai pasangan tempur Terlak Lintau dan Kuntau Jawa smk Kg Pasir Puteh Ipoh ini. Setelah sekian lama tidak mendapat apa2 tempat pada kejohanan peringkat daerah, tahun ini pasangan tempur perempuan ini telah memecahkan rekod yang lame telah bersawang apabila berjaya melangkah ke peringkat negeri. Walaupun tarikh tetap pertandingan itu masih belum diberi keputusan namun semangat mereka tetap tidak utuh. Begitu juga kepada jurulatih yang sentiasa memberi semangat kepada mereka , yang hadir tidak kira waktu untuk membantu memberikan tunjuk ajar kepada adik2 ini. Ura2 mengatakan kemungkinan sekitar 26 Jun pertandingan ini akan diadakan di Pengkalan Hulu Grik perak. Semoga mereka berjaya untuk mempersembahkan persembahan yang bersungguh sungguh pada hari pertandingan itu nanti. Kalah menang tidak menjadi ukuran, yang penting pengalaman bermakna dan perjuangan yg ikhlas untuk Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa . 
Sekitar latihan:-





Tuesday 8 May 2012

Majlis Perkahwinan Adli

Salam , 5 Mei 2012 kami mengiringi persembahan menyambut pasangan pengantin yang merupakan ahli cawangan ipoh ( Adli) yang bertempat di Dewan Silveritage Medan Gopeng. Sambil menunggu ketibaan pengantin sempat jua kami memainkan muzik menghiburkan tetamu yang hadir.
Kira jam 1 petang pengantin tiba di Dewan majlis , Persembahan sembah buka dan melilit dijadikan sajian kepada kedua pengantin . Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu terutamanya ahli2 lama pertubuhan. Dapat jua bersua muka dan berbual mesra bersama. Majlis tamat sekitar jam 3 petang.
Sekitar suasana majlis:-


Thursday 19 April 2012

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH 2012

ALHAMDULILAH...CEPAT BENAR RASANYA BERLALU, BERJUMPA KEMBALI DENGAN SUASANA PERTANDINGAN. BERTEMPAT DI SMK IZUDDIN SHAH (17HB APRIL) TERLAK LINTAU KUNTAU JAWA MEWAKILKAN PELAJAR DARIPADA SMK KG PASIR PUTEH IPOH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN.
SYUKUR ATAS TAKDIR TUHAN, TAHUN INI BERJAYA MEMECAHKAN REKOD PERCAPAIAN APABILA WAKIL DARI TEMPUR PEREMPUAN BERJAYA MENJADI JUARA DAN AKAN KE PERINGKAT NEGERI MUNGKIN PADA HUJUNG BULAN APRIL. BUKAN ITU SAHAJA, SOLO PEREMPUAN JUGA BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KEDUA.
SEMOGA MEREKA MENDAPAT TEMPAT DI PERINGKAT NEGERI NANTI DENGAN IZIN ALLAH.. SEMOGA LATIHAN DIJALANI DENGAN SEMANGAT YANG MEMBARA.. AMIN....






P/S GAMBAR XSEMPAT AMBIL, TUNGGU MASA PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI NANTI

Wednesday 18 April 2012

MAJLIS PENUTUP GELANGGANG PENGKALAN



7 APRIL 2012, GELANGGANG PENGKALAN TELAH DITUTUP UNTUK SELAMANYA KERANA SEBAB TERTENTU. SUASANA SAYU MENYELUBUNGI SEMUA AHLI APABILA MENGENANGKAN TAPAK DI MANA ILMU DIPEROLEHI BAKAL MENJADI KENANGAN . NAMUN TAKDIR LEBIH BERHAK MENENTUKAN . RAMAI JUGA AHLI YANG HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS INI . DIKETUAI OLEH PENGERUSI PERTUBUHAN, CIKGU MOKHTAR.. MAJLIS DIMULAKAN SELEPAS SOLAT FARDHU ISYAK DAN BERAKHIR PADA JAM 11 MALAM. GELANGGANG YANG BERUSIA HAMPIR 20 TAHUN INI KINI
MENJADI HANYA KENANGAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG... PESAN PENGERUSI PADA PENGHUJUNG MAJLIS INI" BERSATULAH KITA SEMUA WALAU DI MANA KITA BERADA" . ALHAMDULILAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR..




Thursday 23 February 2012

Majlis kawin 18/2/12

Salam PSSTLKJ kepada semua, pada hari ini kami akan membuat persembahan sempena majlis perkahwinan bertempat di Kg Pengkalan Pegoh. .(dekat je..). Memandangkan tidak la jauh mane lokasi majlis hari ini, kami tidak la terlampau bergegas untuk ke lokasi majlis. Jam 1 tengah hari kami tiba di majlis tersebut. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Kadang-kadang berdegup kencang jua rasa di hati bila sesekali buat pesembahan di kg sendiri ni, al maklum la lari mane pun semua kenalan juga. Namun atas prinsip memegang amanat yang diberi kami menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memeriahkan majlis tersebut. Irama muzik berjalan dimainkan untuk memeriah dan menghiburkan tetamu yang hadir.

Jam 1.45 tengah hari pasangan pengantin tiba di majlis sambil diiringi paluan kompang . Kami mengmbil alih tugas pesembahkan mainan sembah buka dan mainan tangan kosong di hadapan pengantin semasa mereka bertanggak sebentar di depan pelamin.

Namun tugas kami hari ini kelihatan mudah keran pasukan kompang seakan tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan pesembahan terbaik. Nak x nak , beralah jua lah kami dibuatnya hehehe.... Segera kami menjamu selera dahulu sebelum pulang kerana cuaca tidak begitu baik.

Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami dan kami doakan semoga pengantin diberikan kebahagiaan bersama sehingga ke akhir usia...semoga berjumpa lagi..salam..

Gambar sepanjang majlis..:-




Sembah Pengantin di Tanjung Bidara Parit Perak

28/01/12 , Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau & Kuntau Jawa akan membuat persembahan di Tanjong Bidara Parit sempena majlis perkahwinan abg kepada ahli (nizam) . Seramai 8 orang pesilat hadir memeriahkan majlis ini. Setibanya di pekan parit, kami berhenti untuk minum pagi dahulu.

Memandangkan masih awal untuk ke rumah pengantin, jadi kami tangguhkan dulu perjalanan kami dengan sesi mengeteh di pekan parit . Jam 12.30 tengah hari kami terus bergegas ke rumah pengantin yang tidak jauh dari pekan parit. Setibanya di sana kami menyelaraskan peralatan muzik gendang silat untuk memainkan beberapa irama lagu rakyat . Tetamu yang hadir gembira dengan kehadiran kami membuat kami rasa dihargai.

Setelah zohor, pengantin tiba , kami memainkan muzik sebagai tanda selamat datang kepada rombongan pengantin.
Pasangan pesilat ( Shah & Nizam) memainkan sembah buka dan mainan (melilit) di hadapan pengantin untuk meraikan mereka pada majlis tersebut.

Setelah semuanya selesai kami semua mengisi perut dahulu sebelum pulang ke ipoh lebih kurang jam 3 petang.


P/S saya ijam sebagai wakil keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir memeriahkan majlis kami pada hari tersebut. Jasa kalian tidak akan dilupakan.. sekian..:-)

Gambar2 sekitar majlis :-


Perkahwinan Desa Pelancongan 21/1/12

21 Januari 2012 Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa diberi amanat untuk memeriahkan majlis perkahwinan kakak seorang ahlinya sendiri ( saudara hamid) yang bertempat di Desa Pelancongan Ipoh.

Semua ahli yang terlibat untuk membuat persembahan pada majlis itu tiba di perkarangan rumah pengantin pada jam 12.45 tengah hari. Sambil menunggu masuknya waktu zuhur kami terlebih dahulu memainkan permainan Gendang Silat untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Setelah beberapa ketika selepas azan zohor berkumandang, pengantin lelaki tiba dan diarak oleh pasukan muzik pertubuhan sendiri ke pelamin di mana dua pasangan pengantin akan diketemukan.

Setelah memberi ruang kepada jurugambar mengambil gambar pasangan mempelai ini, saudara hamid sendiri masuk ke dalam kemah pelamin untuk persembahkan sembah buka kepada pengantin sebelum pasangan pertama(nizam & shah) mengambil alih memainkan mainan tangan kosong diikuti pasangan kedua ( adli & pejai) . Alhamdulilah semuanya berjalan lancar . Tetamu yang hadir nampak terhibur dengan pesembahan kami dan hanya kepuasan dapat kami luahkan sebagai tanda berterima kasih.

Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami ( saudara hamid & sekeluarga) serta kami doakan semoga kedua pasangan pengantin berkekalan sehingga ke akhir usia..amin.....


Gambar-gambar sekitar majlis..:-