Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 23 February 2012

Sembah Pengantin di Tanjung Bidara Parit Perak

28/01/12 , Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau & Kuntau Jawa akan membuat persembahan di Tanjong Bidara Parit sempena majlis perkahwinan abg kepada ahli (nizam) . Seramai 8 orang pesilat hadir memeriahkan majlis ini. Setibanya di pekan parit, kami berhenti untuk minum pagi dahulu.

Memandangkan masih awal untuk ke rumah pengantin, jadi kami tangguhkan dulu perjalanan kami dengan sesi mengeteh di pekan parit . Jam 12.30 tengah hari kami terus bergegas ke rumah pengantin yang tidak jauh dari pekan parit. Setibanya di sana kami menyelaraskan peralatan muzik gendang silat untuk memainkan beberapa irama lagu rakyat . Tetamu yang hadir gembira dengan kehadiran kami membuat kami rasa dihargai.

Setelah zohor, pengantin tiba , kami memainkan muzik sebagai tanda selamat datang kepada rombongan pengantin.
Pasangan pesilat ( Shah & Nizam) memainkan sembah buka dan mainan (melilit) di hadapan pengantin untuk meraikan mereka pada majlis tersebut.

Setelah semuanya selesai kami semua mengisi perut dahulu sebelum pulang ke ipoh lebih kurang jam 3 petang.


P/S saya ijam sebagai wakil keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir memeriahkan majlis kami pada hari tersebut. Jasa kalian tidak akan dilupakan.. sekian..:-)

Gambar2 sekitar majlis :-


No comments:

Post a Comment