Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 7 June 2012

Majlis Perkahwinan Amir 3hb Jun 2012

Selepas selesai majlis menyambut mb perak..kami bersiap untuk ke majlis amir bertempat di pinji mewah,, kami ditemani kumpulan muzik gendang silat yg sudi datang dari Johor dan Kuala Lumpur untuk memeriahkan majlis ini. Setibanya kami di rumah pengantin, kami melaraskan peralatan muzik terlebih dahulu sebelum memulakan persembahan kira jam 12.30 tengah hari.. Pengantin tiba tepat jam 1.45 diiringi muzik berarak sambil pertubuhan seni silat terlak lintau dan kuntau jawa membuka sembah pengantin menyambut ketibaan raja sehari itu. Sehingga la pengantin berenjis dan makan beradab , kami memainkan tugas semula untuk membuat pesembahan di hadapan beliau . Alhamdulilah majlis berjalan lancar kelihatan ramai ahli lama yang hadir termasuk Cikgu Mokhtar pengerusi pertubuhan yang turut sama memeriahkan majlis tersebut..kami mendoakan kalian berbahagia sehingga ke hujung usia...sekian...


No comments:

Post a Comment