Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 23 February 2012

Perkahwinan Desa Pelancongan 21/1/12

21 Januari 2012 Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa diberi amanat untuk memeriahkan majlis perkahwinan kakak seorang ahlinya sendiri ( saudara hamid) yang bertempat di Desa Pelancongan Ipoh.

Semua ahli yang terlibat untuk membuat persembahan pada majlis itu tiba di perkarangan rumah pengantin pada jam 12.45 tengah hari. Sambil menunggu masuknya waktu zuhur kami terlebih dahulu memainkan permainan Gendang Silat untuk menghiburkan tetamu yang hadir. Setelah beberapa ketika selepas azan zohor berkumandang, pengantin lelaki tiba dan diarak oleh pasukan muzik pertubuhan sendiri ke pelamin di mana dua pasangan pengantin akan diketemukan.

Setelah memberi ruang kepada jurugambar mengambil gambar pasangan mempelai ini, saudara hamid sendiri masuk ke dalam kemah pelamin untuk persembahkan sembah buka kepada pengantin sebelum pasangan pertama(nizam & shah) mengambil alih memainkan mainan tangan kosong diikuti pasangan kedua ( adli & pejai) . Alhamdulilah semuanya berjalan lancar . Tetamu yang hadir nampak terhibur dengan pesembahan kami dan hanya kepuasan dapat kami luahkan sebagai tanda berterima kasih.

Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami ( saudara hamid & sekeluarga) serta kami doakan semoga kedua pasangan pengantin berkekalan sehingga ke akhir usia..amin.....


Gambar-gambar sekitar majlis..:-

No comments:

Post a Comment