Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 23 February 2012

Majlis kawin 18/2/12

Salam PSSTLKJ kepada semua, pada hari ini kami akan membuat persembahan sempena majlis perkahwinan bertempat di Kg Pengkalan Pegoh. .(dekat je..). Memandangkan tidak la jauh mane lokasi majlis hari ini, kami tidak la terlampau bergegas untuk ke lokasi majlis. Jam 1 tengah hari kami tiba di majlis tersebut. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Kadang-kadang berdegup kencang jua rasa di hati bila sesekali buat pesembahan di kg sendiri ni, al maklum la lari mane pun semua kenalan juga. Namun atas prinsip memegang amanat yang diberi kami menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memeriahkan majlis tersebut. Irama muzik berjalan dimainkan untuk memeriah dan menghiburkan tetamu yang hadir.

Jam 1.45 tengah hari pasangan pengantin tiba di majlis sambil diiringi paluan kompang . Kami mengmbil alih tugas pesembahkan mainan sembah buka dan mainan tangan kosong di hadapan pengantin semasa mereka bertanggak sebentar di depan pelamin.

Namun tugas kami hari ini kelihatan mudah keran pasukan kompang seakan tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan pesembahan terbaik. Nak x nak , beralah jua lah kami dibuatnya hehehe.... Segera kami menjamu selera dahulu sebelum pulang kerana cuaca tidak begitu baik.

Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami dan kami doakan semoga pengantin diberikan kebahagiaan bersama sehingga ke akhir usia...semoga berjumpa lagi..salam..

Gambar sepanjang majlis..:-




No comments:

Post a Comment