Jam 1.45 tengah hari pasangan pengantin tiba di majlis sambil diiringi paluan kompang . Kami mengmbil alih tugas pesembahkan mainan sembah buka dan mainan tangan kosong di hadapan pengantin semasa mereka bertanggak sebentar di depan pelamin.
Namun tugas kami hari ini kelihatan mudah keran pasukan kompang seakan tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan pesembahan terbaik. Nak x nak , beralah jua lah kami dibuatnya hehehe.... Segera kami menjamu selera dahulu sebelum pulang kerana cuaca tidak begitu baik.
Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami dan kami doakan semoga pengantin diberikan kebahagiaan bersama sehingga ke akhir usia...semoga berjumpa lagi..salam..
Gambar sepanjang majlis..:-




