Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 27 June 2011

Mesyuarat Agung PSSTLKJ 2011


Setelah lama blog ini tidak dikemaskini, kini kami tampil dengan nafas baru memperbaiki kelemahan. Pada mulanya banyak yang hendak dikongsikan, namun biarlah berperingkat. Dimulakan dengan aktiviti perguruan yang terbaru dan boleh dilabelkan sebagai sebuah majlis yang agak dinantikan semua ahli. Tanggal 26 JUN 2011, tibalah masanya mesyuarat perguruan berlangsung. Majlis yang dijangka dimulakan jam 9 pagi ini dihadiri semua ahli dari pertubuhan seni silat terlak lintau dan kuntau jawa dari pelbagai cawangan sekitar perak. Seawal jam 9.30 pagi, mainan muzik silat dimainkan bagi menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir . Alangkah bertuahnya kami ahli yang baru kerana mesyuarat kali ini dihadiri oleh beberapa ahli yang lama boleh dikira sebagai 'otai' la, antara nya ialah, Pak Usop Shah dan juga Pakcik Azman.




Tepat jam 10 pagi, kelihatan Pengerusi pertubuhan tiba, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa serta agenda-agenda yang perlu dibahaskan. Alhamdulilah...sepanjang mesyuarat berlangsung, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Sehingga jam 12.30 tengah hari, mesyuarat ditangguhkan dan tibalah masa untuk semua ahli menikmati juadah makan tengah hari. ternyata keakraban antara ahli mula dirasai apabila sesekali berkumpul bersama. Telatah seorang demi seorang ditangani. Setelah selesai makan, permintaan dari otai lama kepada ahli untuk mempersembahan corak permainan di hadapan mereka. 3 pasangan mula mengorak langkah silat sambil alunan muzik mengiringi persembahan mereka.







Ternyata kemesraan lebih dirasai apabila sama-sama berhibur menyaksikan persembahan. setelah semuanya selesai.. Seperti biasa, sesi bergambar beramai2 semua ahli dari pelbagai cawangan dilaksanakan. Sebelum pulang molek juga diambil kenang2ngan sebagai bukti keutuhan Perguruan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa Negeri Perak.





16 comments:

  1. aslmkm. nk tny ckit leh? sape pngasas silat ni?

    ReplyDelete
  2. wasalam apeh.. pengasas silat ini . Wak Ratiman dan Pak Usop....

    ReplyDelete
  3. Asal silat ni dari mana? Ada lg x otai2 lama yg kira senior r yg blajar dgn wak timan n pak usop dlu? Nama abg ni sape n tngl katne? Cz sy pn asl dr ipoh gak.

    ReplyDelete
  4. asal dr tanah jawa.dibawa ke tanah melayu dan diolah semula..rg2 lama ada lg.gelanggang masih ada d pengkalan pegoh,ipoh perak.juga di bota perak.

    ReplyDelete
  5. tapi dlm gmbr ni xda gmbr guru isa n saha?

    ReplyDelete
  6. nama saha ni mmg selalu kami dengar.isa pun.tp boleh tau siapa sebenarnya dia tu?dimana gelanggang dia mengajar?teringin benar kami utk berjumpa dgn beliau.dengar ceritanya mmg pendekar sejati..

    ReplyDelete
  7. sbnrnya dorg yg bkak glngang kat pgkln pegoh tu brsama arwah ckgu nordin. dorg dh xngajar cz rmai ank murid yg lupa diri n kdkt nk kuar duit utk blajo.semua nk free je. isa tngl kat desa plncngn, saha kat tambun. saha abg kpda isa. untk pngtahuan abg, cuma saha je yg tau cara main pak usop dari ank mrd yg lain. cz sblm pak timan mnngl dia srh saha cari pak usop di banting n blajo silat pak usop. silat pak usop n pak timan sbnrnya xsama. silat dari pak usop sbnrnya ibu kpda silat yg pak timan ajar.

    ReplyDelete
  8. Maaf lah saya nak mencelah sikit.. apeh-2,ko salah dengo sejarah ni,mcm mn saha n isa gi banting? sapa yang anto? ape kenderaan deme? deme ader duit ker nk kesana? sejarah bukak gelanggang pun ko dah silap,bkn Allahyarham cikgu din n saha n abg dino yg bkk.. Ko tny balik pd sapa yg bercerita pd ko sapa yg bukak,kalo dier tahu ler.. satu lg,aper pak usop nk ajo anak silat ker pada wak timan? ibu nyer dier pegang? ader ke guru yg sanggup nk wat g2?jadi ko nak kata guru tua kami ni kedekut ilmu lah yer?hmmm... pikio-2 kn yer..

    ReplyDelete
  9. kalo nk iktkn zmn dlu mmg ssh nk ada kndraan sndiri. kalo bab duit pn sama ssh nk cari tp mcm ppth ckp kalo smpn ckit2 bnyk r. mmg saha n isa org ssh. tp deme smpi gak ke banting. gmbr akan sy uploadkan untk mnjukn bkti kpd en.KHAIRUL bhwa deme prnh smpi kesana. tp sy akn upload slps 2bln cz sy nk g krsus. silat arwah pak timan adlh cmprn beberapa jns silat dan djkn 1. xingt brpa jns. mmg pak usop ada ajar wak timan cz dia ank angkat pak usop. tp diikutkan sjrh wak timan xajo ibu silat yg dia blajo dgn pak usop kpda ank murid dia. sbb tu sblm arwah pak timan meninggal dia srh saha cari arwah pak usop d banting. itulah cerita yg sy dngr. kalo en.KHAIRUL ada cerita sbnr bgtaulh tntg pnbhn silat ni n siapa yg bkak glngang cz sy cuma dngr cerita dr org je, mgkn en.KHAIRUL org lama dlm silat ni n mgkn slh sorg murid yg trawal. sy ingin mntk maaf di bln yg baik ni jika ada trslh bhsa. mntk en.KHAIRUL boleh cerita lbh lanjut.

    ReplyDelete
  10. ape2pun baru perasan..apeh kamu ade tanye ade lg ke tak otai2 atau org2 lame yg pernah belajar dgn wak tman n pak usop dulu lgkan?ce tgk gambar yg last sekali tu..yg ramai2 tu..ade sape yg kamu kenal?

    ReplyDelete
  11. Gini ler apeh,senang citer kiter bejumpe jer,senang,betul x?nak citer kat sini x cukup page,balik dr kursus nnt kasik tau kami,bile masa n tmpt nye,kalo nak tahu sejarah lebih tepat le,bkn dari aku.. tp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. http://4.bp.blogspot.com/-wxfw-bpOqIY/TwSdyhiD7NI/AAAAAAAAAOs/xJ8MKojwQZw/s1600/25122011182.jpg

      saha yang dok 2 dari kiri. Gambar tahun 1978 diambil di banting masa ni.

      Delete
  12. ASLMKM. SY DH BLIK DR TRAINING. TP LUM BLIK PERAK NK AMBIK GMBR TU. NK JMPA WAT MASA NI CZ JAUH. TP GURU ISA TERINGIN NK JMP EN. KHAIRUL. KALO EN KHAIRUL TAU MANA RMH GURU ISA LEH DTG TRUS

    ReplyDelete
  13. Saya rasa kpda pesilat2 yg tlah btndang ke gelanggang banting baru2 ini tlah mndpt info sdkt sebyk tentang isu ini,gambar2 lama pn msih dsmpn disana

    ReplyDelete