Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday 4 January 2012

Program Majlis Khataman Silat Kuntau Pendowo Limo 2011


Salam , setelah hampir sebulan menerima kunjungan dari saudara seguru dari Perguruan Silat Pendowo Limo, akhirnya kami bertemu kembali dalam majlis ini. 25 hb 11 2011 , ahli Terlak Lintau Kuntau Jawa dijemput menghadiri majlis yang diadakan di Banting Selangor ini.

Perasaan gembira dan teruja untuk melihat sendiri kampung tok guru lama membuatkan kami merancang perjalanan bersama Cikgu Mokhtar. Jarak tidak menjadi penghalang lagi, hampir 12 orang ahli dari cawangan ipoh dan bota hadir dari Perak. Ada yang memandu kereta dan ada juga yang membonceng motosikal . Tidak menjadi masalah kepada kami untuk ke labohan dagang apabila dibantu oleh saudara Sharul dan juga Wak Man apabila setibanya di pekan banting.



Awal pagi lagi suasana di sana meriah dengan kunjungan penduduk setempat menyaksikan persembahan dari mereka.

Sungguh hebat adik-adik di sana membuat persembahan . Sehingga kami diberi tanggungjawab untuk persembahkan corak permainan sebagai persembahan iringan pada majlis itu.



Alhamdulilah semuanya selesai seperti yang dirancangkan . Sebelum pulang sempat juga kami mengunjungi rumah arwah guru Pak Usop bersama Cikgu Mokhtar dan Cik Azman .
Dapat juga merasa suasana di sana .



Syukur atas pertemuan. Semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke akhir usia, amin.. terima kasih kami ucapkan kepada saudara dari Perguruan Silat Kuntau Pendowo Limo khususnya Guru Ruhaizam, Wak Man serta Sharul kerana bertungkus lumus membantu kami sepanjang majlis berlangsung. Semoga berjumpa lagi,...Salam.