Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday 22 June 2012

Majlis Perkahwinan Arip (pengkalan) dan Ustaz Arip bt gajah

Salam, 9 hb 6, kami mengiringi 2 majlis perkahwinan yang bertempat di Pengkalan Pegoh(saudara arip, ahli terlak lintau kuntau jawa) dan ustaz arip ( tenaga pengajar al barakah) .. Alhamdulilah kedua majlis ini berjalan dengan lancar walau terpaksa hadapi masalah kekurangan ahli pada mulanya... kami wakil kumpulan ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua pengantin ini maafkan jika ada kekurangan dari pihak kami sepanjang majlis dan kami mendoakan semoga kalian berbahagia selamanya...

Majlis kawin bt gajah:-




Thursday 7 June 2012

Majlis Perkahwinan Amir 3hb Jun 2012

Selepas selesai majlis menyambut mb perak..kami bersiap untuk ke majlis amir bertempat di pinji mewah,, kami ditemani kumpulan muzik gendang silat yg sudi datang dari Johor dan Kuala Lumpur untuk memeriahkan majlis ini. Setibanya kami di rumah pengantin, kami melaraskan peralatan muzik terlebih dahulu sebelum memulakan persembahan kira jam 12.30 tengah hari.. Pengantin tiba tepat jam 1.45 diiringi muzik berarak sambil pertubuhan seni silat terlak lintau dan kuntau jawa membuka sembah pengantin menyambut ketibaan raja sehari itu. Sehingga la pengantin berenjis dan makan beradab , kami memainkan tugas semula untuk membuat pesembahan di hadapan beliau . Alhamdulilah majlis berjalan lancar kelihatan ramai ahli lama yang hadir termasuk Cikgu Mokhtar pengerusi pertubuhan yang turut sama memeriahkan majlis tersebut..kami mendoakan kalian berbahagia sehingga ke hujung usia...sekian...


Menyambut Menteri Besar Perak

3 hb jun 2012 , kami diberikan tugas yang agak menguji kemampuan kami apabila perlu bermain untuk 2 majlis yang agak besar.. pertama kami perlu mengiringi menteri besar perak yang tiba di pengkalan pegoh untuk merasmikan program di sana dan keduanya untuk bermain di majlis saudara amir ahli persatuan juga.. jam 9 pagi kami tiba di dewan pengkalan pegoh sementara menunggu ketibaan mb perak. Alhamdullilah tidak lama menunggu sekitar jam 9.45 beliau tiba di lokasi , kami mengiringi beliau dengan sembah buka sebelum bergegas ke rumah semula untuk bersiap ke majlis amir di pinji mewah.,


:- SEKITAR MAJLIS....

PENGKALAN HULU GRIK

Salam , pada 27 hb mei 2012.. kami telah ke Pengkalan Hulu Grik Perak untuk menghadiri pertandingan silat seni peringkat negeri perak tahun 2012.Memandangkan 2 wakil dari pertubuhan yang dapat memasuki peringkat negeri dalam acara solo, kami berhasrat untuk turut sama turun memberikan semangat . Sebanyak 4 buah kereta turun bersama meberikan semangat kepada adik2 yang berjaya untuk bertanding pada hari tersebut. Seawal jam 5 pagi kami memulakan perjalanan manakala ada beberapa ahli yang lebih awal sudah tiba di pekan grik dan menetap semalaman di sana. Kami berkumpul di pekan grik awal pagi ahad itu sebelum meneruskan perjalanan ke Pengkalan Hulu. Perjalanan yg agak mencabar apabila terpaksa menempuh sekatan jalan raya pihak berkuasa..alhamdullilah semuanya selamat tidak ada apa yang memberikan masalah kepada kami.(huhuhu) ... Kami tiba di dewan sekolah tersebut kira jam 12 tengah hari... sementara menunggu giliran untuk peserta kami bermain , sempat juga berjumpa dengan rakan2 yang lain antaranya kumpulan gendang cenderawasih 9 yang turut bertanding. Agak lama menunggu kami meneruskan dulu kewajiban untuk mengisi perut yang berkeroncong kelaparan...Jam 3 petang tiba lah pesembahan mew3akili pertubuhan seni silat terlak lintau dan kuntau jawa bermula...dengan nasihat dan semangat diberikan.. alhamdullilah adik2 ini berjaya membuat persembahan dengan begitu baik... Seperti yang dikatakan , menang kalah bukan penentu segalanya , ukhuwah yang terjalin lebih utama dari memikirkan pingat atau pun tempat kedudukan seseorang. . walaupun tidak bergelar juara, namun pengalaman yang ada dapat dijadikan kenang kenangan untuk masa depan . Itu lebih bermakna .. Sekian..semoga berjumpa lagi..terima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan perjalanan pada kali ini..assalam....