Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday 22 November 2011

BERGENDANG DI SEKOLAH IZZUDIN SHAH IPOH..












SYUKUR KE HADRAT ILLAHI..DENGAN BERKAT DAN IZINNYA..PAGI INI 21 HB APRIL 2011 ( KHAMIS) KAMI AKAN MENGIRINGI PERSEMBAHAN PESERTA SILAT DALAM MAJLIS PERTANDINGAN SILAT SENI DAERAH KINTA NEGERI PERAK . SEAWAL 7.30 PAGI, SEMUA AHLI PERTUBUHAN (AMIR,ADLI,AQASHAH,NIZAM, HAMID ,SHAH DAN SHAHIDAN) TELAH BERKUMPUL DI HALAMAN RUMAH YOB KHAIRUL (KETUA KUMPULAN LELA RENTAKA) UNTUK SAMA-SAMA BERGERAK KE SEKOLAH IZZUDIN SHAH DI MANA TEMPAT MAJLIS DIADAKAN. TEPAT JAM 9 PAGI , KAMI SEMUA TIBA DI PERKARANGAN SEKOLAH IZZUDIN SHAH IPOH.


PERKARANGAN SEKOLAH IZZUDIN SHAH







TANPA MELENGAHKAN MASA, SEMUA AHLI AHLI BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKAN PAKAIAN UNTUK ADIK2 PERTANDINGAN YANG KAMI WAKILKAN DARI SEKOLAH SMK KG PASIR PUTEH DAN JUGA SEKOLAH MENENGAH ACS IPOH. KESEMUA PESERTA-PESERTA BEGITU BERSEMANGAT UNTUK MEMULAKAN PERSEMBAHAN MEREKA, TERNYATA KEAZAMAN YANG DITONJOLKAN OLEH MEREKA SEMUA MEMBERIKAN KAMI HARAPAN DAN SEMANGAT UNTUK BERSAMA MENGIRINGI PERSEMBAHAN MEREKA. SELEPAS SEMUANYA SELESAI , AHLI2 LELA RENTAKA MENYIAPKAN PERALATAN MUZIK MASING-MASING SEBAGAI PERSEDIAAN AKHIR UNTUK MENGIRINGI PESERTA.


BERSAMA KUMPULAN GENDANG SILAT CENDERAWASIH 9














SEBELUM KAMI MEMULAKAN PERSEMBAHAN, SEMPAT JUGA KAMI BERJUMPA DAN BERAMAH MESRA DENGAN RAKAN GENDANG SILAT SEPERJUANGAN KAMI ,KUMPULAN GENDANG SILAT CENDERAWASIH 9.


DENGAN BERBEKALKAN PENGALAMAN YANG SEDERHANA, KUMPULAN GENDANG LELA RENTAKA MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENGIRINGI PESERTA PERTANDINGAN.PENGALAMAN INI BANYAK MEMBERI PENGAJARAN DAN PENGETAHUAN BARU KEPADA KAMI .










Persembahan di Majlis Resepsi







Pada Sabtu yang lalu,28 Mei 2011,kami sekali lagi telah dijemput untuk mengadakan persembahan di majlis perkahwinan yang bertempat di Taman Desa Aman,Ipoh Perak.Seperti biasa kami berkumpul di rumah Khairul pada pagi itu sebelum ke majlis yang lokasinya di sekitar itu juga.



Tepat pada pukul 11.30 pagi,kamu pun bertolak ke lokasi yang hanya mengambil masa kira-kira 5 hingga 7 minit untuk tiba.Sampai saja di sana kami disambut oleh tuan rumah dan bersiap-sedia dengan peralatan gendang disamping 2 orang ahli yang akan membuat persembahan silat nanti.



Agak mengujakan apabila kumpulan kami mengambil tempat bersebelahan dengan kumpulan rebana di kawasan laman rumah itu.Lebih menarik lagi apabila salah seorang dari kumpulan rebana itu adalah bonda kepada saudara Khairul sendiri.



Malu-malu alah tidak tahu samada mahu memulakan permainan atau biarkan kumpulan rebana dahulu.Akhirnya kami yang diberi peluang memulakan persembahan lagu dan diselang-seli oleh kumpulan rebana pula sambil menunggu ketibaan pengantin lelaki.Kami kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh tuan rumah dan terima kasih diucapkan kerana sudi menjemput kami..

Sembah Pengantin di Gunung Rapat



Tanggal 4 Jun 2011 merupakan 1 tarikh yang sangat penting bg kami kerana pada tarikh ini kami mempunyai 2 acara besar yang perlu dihadap.Pertamanya majlis walimatul urus di Gunung Rapat,Perak.Pengantin lelaki iaitu saudara Kamarul telah berurusan dengan kami pada tahun lepas lagi.Begitu bersungguh2 beliau mahukan kami dan tentunya pasukan silat Terlak Lintau & Kuntau Jawa mengiringi majlis perkahwinannya..
Seperti biasa semua berhimpun di rumah Khairul (Yop) dan terus bersiap2..


Agak menggelikan hati apabila salah seorang ahli,Akashah baru teringatkan sampinnya tertinggal.Mahu tak mahu,kain perca ini yang dieksploitasikan sebagai ganti dan ternyata ia membuatkan kami tertawa terbahak2 melihatnya..

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan memang kami tidak boleh lama di majlis tersebut kerana ada satu lagi yang perlu dikejarkan selepas itu.Cerita di posting selanjutnya...

http://psstlkj.blogspot.com/2011/11/festival-seni-silat-dmdi-2011-melaka.html

Festival Seni Silat DMDI 2011 Melaka

Beberapa hari yang lalu pada minggu lepas,kami telah menerima panggilan dari saudara Michai (Gemala Kasturi) yang meminta kami ke Melaka untuk menyertai Festival Seni Silat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bagi mewakili negeri Perak atas nama Perguruan Seni Silat Terlak Lintau & Kuntau Jawa.Festival tersebut bermula pada 3 Jun manakala kami pula ada persembahan untuk majlis perkahwinan di Ipoh pada 4 Jun.Maka selepas berbincang sesama ahli dan tolak ansur dari pihak penganjur,kami bertolak ke Melaka pada 4 Jun sejurus saja selesai persembahan di Ipoh.


Agak lewat dari yang dirancang atas masalah2 yang tak dapat dielakkan.Hanya pada pukul 4 petang baru kami bertolak.Maka perjalanan ke Melaka pun bermula dengan masing2 agak keletihan kerana agak terkejar2.Kami bertolak dengan 3 buah kereta.Amir,Shah,Adli,Pejai,Hamid,Nizam,Akashah dan saudara Fauzi (Otromen) wakil cawangan bota menemani kami.Agak keletihan,kami berhenti rehat di hentian Ulu Bernam.


Bertolak saja dari Ulu Bernam,kami singgah pula di Shah Alam untuk mengambil saudara Oun (Mega) dan meneruskan perjalanan ke Melaka lebih kurang pukul 8 malam.Hujan yang turun melambatkan lagi perjalanan kami.Asalnya mahu ke hotel penginapan dulu,tetapi memandangkan kami tiba lewat maka kami sebulat suara membuat keputusan untuk terus ke Melaka Mall Ayer Keroh iaitu tempat berlangsungnya festival.Kata orang perak "udah le lambat,elok le tunjuk muke dulu"..Setibanya di sana hampir pukul 10.30 malam,kami terus ke lokasi.Sebaik saja menghampirinya,terus kedengaran bunyi alunan serunai dan gendang silat dari dalam.Perasaan teruja mula menjelma dan kelihatan orang ramai berkumpul menyaksikan persembahan.Kami mencelah2 dan akhirnya kelihatan beberapa orang srikandi sedang membuat persembahan diiringi kumpulan gendang silat di atas pentas.Selepas mengamati,barulah kami perasan bahawa kumpulan gendang itu adalah kumpulan gendang silat Lawi Merah dari Muar.Bukan orang lain tetapi rakan seperguruan kami juga.


Tidak lama selepas itu acara pada malam itu pun tamat dan selepas berkenalan dengan rakan2 Lawi Merah dan memaklumkan pada urusetia tentang ketibaan kami,kami pun bertolak mencari hotel penginapan yang telah disediakan.Check in saja di hotel,kami terus pula mencari santapan pada malam itu.Perut sudah lapar benar.Apa yang ada kami bedal saja..Balik ke hotel selepas itu,ada yang terlena terus dan ada juga yang susah mencari mood untuk tidur.Apa2 pun tahu2 saja sudah pun pagi dan kami terus bersiap2 untuk ke Melaka Mall.Tiba di sana pada pukul 9.50 pagi.Keadaan masih lengang.Dengan masa yang ada kami bersarapan dulu di restoran mc'D yang terletak bersebelahan dengan Melaka Mall itu.Maka hari itu dalam sejarah,masing2 merasa duduk di restoran Mc'Donalds dengan berpakaian silat.Mata2 umum tak henti2 memandang.Segan juga rasanya..


Selesai saja bersarapan,kami pun terus ke gelanggang acara dan bersiap2 untuk kali terakhir sebelum tiba giliran untuk membuat persembahan.

Maklumlah semuanya pun telah lama tak bersilat.Badan pun seorang2 dah bertambah berkilo2.Semput jangan cakaplah..Alhamdulillah
semua berjalan lancar walaupun ada silap sikit2.Perkara biasalah tu..Sempat juga kami bergambar kenangan di gelanggang persembahan.


Persembahan bersambung pada sesi petang.Dan tanpa dirancang kami bergendang pula bersama rakan2 kumpulan Lawi Merah.Bayangkan mereka bergendang tidak henti2 untuk 15 minit bagi persembahan 1 pasukan.Pastinya letih dan tangan pun dah lebam.Atas tujuan untuk memeriahkan dan meringankan bebanan mereka kami pun turut serta bergendang pada petang itu.Walaupun kali pertama bergendang bersama,ternyata keserasian itu ada kerana kami berguru gendang dengan "sifu" yang sama iaitu kumpulan Gemala Kasturi..Habis bergendang kami pun pulang ke hotel dan berehat serta menanti hari esok pula.Masa yang terluang kami gunakan sebaikknya untuk "menawaf" bandar bersejarah ini..




Atas desakkan kerja,kami terpaksa pulang juga ke Ipoh pada malam itu,iaitu malam ketiga sedangkan penutup festival hanya akan berlangsung esoknya.Walaupun agak ralat,tapi kami terpaksa.Malam itu diadakan majlis makan malam beserta penyampaian hadiah dan cenderahati.Sebelum pulang,sempat juga kami bergambar kenangan dengan ketua2 juri dan orang kuat dalam festival ni,En.Huzaifah yang telah banyak membantu dan bertolak ansur dengan kami.Dengan mata yang mengantuk,badan yang letih,kami gagahkan juga untuk pulang malam itu.Alhamdulillah kami tiba di Ipoh pada hari rabu jam 5.30 pagi dan jujurnya kenangan di Melaka masih segar di ingatan meskipun ketika saya sedang menulis blog ini...

Wassalam...

Majlis Kahwin Yob Alun di Bota Kanan..



12 hb Jun 2011 menjadi satu tarikh penting bagi semua ahli kerana hari ini kami akan mengiringi majlis kawin salah seorang dari ahli PSSTLKJ yang lebih kami kenali dengan gelaran Yob Alon. Difahamkan majlis hari ini bagi menyambut dua pasangan pengantin yang akan disandingkan serentak. Seperti biasa sebelum kami bertolak dari ipoh ke bota ,rumah khairul akan dijadikan sebagai tempat berkumpul semua ahli. Perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu kami mulakan tepat jam 9.20 pagi, dengan menaiki 2 kereta dan 4 buah motosikal. Terdetik di fikiran untuk sesekali berkonvoi menaiki motosikal bersama ke majlis ini . Akhirnya kami tiba di Dewan tempat majlis itu diadakan namun memandangkan masih awal lagi kami beralih perjalanan mencari warung makan berdekatan untuk sarapan pagi. Setelah selesai menikmati juadah pagi, kami bergegas ke dewan dan bersiap-siap menantikan ketibaan pengantin sambil mengalunkan beberapa alunan lagu rakyat.







PELAMIN SERBA INDAH LAGI BERSERI









MENGATUR BARANG DI ATAS PENTAS














Jam 1.25 petang rombongan pengantin tiba , kami meneruskan tugas dengan memainkan alunan muzik berarak mengiringi pasangan pengantin ke tempat persandingan di dalam dewan . Tibalah giliran persembahan silat dari Pertubuhan Seni Silat Terlak Lintau Kuntau Jawa Perak menyambut ketibaan pengantin. Kali ini kami amat berbesar hati kerana dapat menemukan dua cawangan sekali untuk membuat persembahan( cawangan ipoh dan bota).Dengan diiringi alunan muzik silat ,pesilat mengatur langkah menambah seri bagi menyambut ketibaan dua pasangan pengantin yang dilangsungkan serentak ini.




























Tugas kami bukan selesai di situ saja, setelah semua selesai makan tengah hari di majlis ,kami teruskan persembahan dengan diselangi nyanyian karaoke oleh tetamu yang hadir. Sempat juga kami bergambar dalam masa terluang itu. Sehingga jam 4 petang kami pun berkemas untuk pulang ke ipoh semula. Alhamdulilah cuaca cerah ,sedikit sebanyak memudahkan perjalanan pulang kami.

Setibanya di rumah khairul, kami berehat sebentar dan minum petang bersama.

Syukur kepada tuhan majlis hari ini berjalan lancar dengan izinnya. kami mendoakan pasangan pengantin yob alun dan pasangannya, serta adik beliau dan pasanganya berbahagia selamanya ..amin...





PERSEMBAHAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KG PASIR PUTEH IPOH

25 hb JUN 2011, Perguruan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa dijemput untuk bergendang menyambut YB Hamidah Osman serta mengiringi persembahan silat adik2 pelajar sekolah di SMK.KG.Pasir Puteh Ipoh sempena hari sukan sekolah tersebut. Seawal jam 8 pagi, semua ahli berkumpul di perkarangan rumah Yob Khairul.Menaiki 2 buah kereta kami memulakan perjalanan.

Tiba di sana, kami disambut oleh pihak sekolah dan terus mengambil tempat dan mempersiapkan pelatih2 sekolah yang akan membuat persembahan menyambut tetamu nanti. Sesudah itu kami memainkan beberapa alunan muzik sebagai sesi memanaskan badan.

Tepat jam 10 pagi, tetamu hadir, kami mengiringi permainan sambil pesilat membuat persembahan menyambut ketibaan tetamu kehormat dan juga persembahan iringan.
Namun tugas kami hari ini tidak begitu lama, sehingga habis permainan pesilat kami pun bersiap untuk pulang. Bagi menghormati majlis, kami menunggu sehingga tetamu kehormat pulang sambil diiringi pukulan kompang.

Dalam keasyikan majlis, terlupa pula untuk bergambar di majlis tersebut.
Benarlah pepatah mengatakan , malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, 2 orang dari ahli KGLR , Amir dan Nizam terlibat dalam kemalangan . Alhamdulilah syukur atas takdir yang ditentukan Allah,tiada sebarang kecedaraan dihadapi mereka berdua walaupun keadaan kereta yang mereka naiki agak teruk.


Setelah selesai semua urusan di balai polis , kami semua pulang ke rumah masing-masing.
Memikirkan pengalaman yang dialami, mematangkan lagi tahap keakraban antara kami.

Syukur atas nikmat allah.... sekian...

PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS SUKAN RAKYAT KG PENGKALAN PEGOH

16 HB JULAI 2011, PADA HARI INI, PERGURUAN SENI SILAT TERLAK LINTAU DAN KUNTAU JAWA NEGERI PERAK AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KG PENGKALAN PEGOH SEMPENA MAJLIS SUKAN RAKYAT. PADA MULANYA KAMI DIFAHAMKAN MAJLIS INI HANYA UNTUK MENYAMBUT KETIBAAN YB HAMIDAH OSMAN MERASMIKAN MAJLIS TERSEBUT. SEAWAL JAM 7.30 PAGI SEMUA AHLI BERKUMPUL DI HADAPAN RUMAH YOB KHAIRUL.


MAJLIS BERMULA SEAWAL JAM 8 PAGI NAMUN TIDAK MENJADI MASALAH KERANA TEMPAT MAJLIS ITU DIADAKAN HANYA BERHADAPAN DENGAN RUMAH YOB KHAIRUL. SETIBANYA KAMI DI SANA KAMI DIPERLAWA UNTUK BERADA DALAM KAWASAN KHEMAH YANG DIKHASKAN UNTUK PEMUZIK LELA RENTAKA. KELIHATAN SUASANA DI SANA SUNGGUH MERIAH DENGAN PELBAGAI PERTANDINGAN DIANJURKAN OLEH JAWATANKUASA YANG BERTUGAS.


TANPA MELENGAHKAN MASA KAMI MENGHANGATKAN SUASANA MAJLIS DENGAN MEMAINKAN BEBERAPA ALUNAN MUZIK BERJALAN SAMBIL DISELANGI PERSEMBAHAN REBANA DARI KUMPULAN REBANA KG PENGKALAN PEGOH. KAMI JUGA DITUGASKAN UNTUK MENGIRINGI PERSEMBAHAN SILAT DARI PERTUBUHAN SENI SILAT TERLAK LINTAU DAN KUNTAU JAWA NEGERI PERAK YANG JUGA DIWAKILI OLEH KAMI SENDIRI. TEPAT JAM 10.30 PAGI KELIHATAN KETIBAAN YB DALAM KAWASAN MAJLIS. SAMBIL DIIRINGI ALUNAN REBANA, PESILAT MENGAMBIL TEMPAT UNTUK MEMPERSEMBAHKAN SEMBAH SILAT DAN JUGA AKSI TEMPUR SEBAGAI TANDA MENGALUKAN KETIBAAN YB HAMIDAH OSMAN. PEMUZIK LELA RENTAKA YANG MERUPAKAN AHLI PERTUBUHAN INI JUGA MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANATKAN.


SELEPAS SEMUANYA SELESAI, BARULAH KAMI DIMAKLUMKAN MAJLIS ITU JUGA DIADAKAN SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN PESERTA KONVOI BERBASIKAL YANG DIANGGOTAI OLEH PESERTA I.C.T. DIJANGKAKAN LEBIH 150 BUAH BASIKAL YANG TERLIBAT DALAM KONVOI TERSEBUT. SAMBIL MENYAKSIKAN SUASANA MAJLIS. KAMI MENYERIKAN DENGAN BEBERAPA BUAH LAGU . LEBIH KURANG JAM 12 TENGAH HARI , KONVOI TIBA SAMBIL DIIRINGI PASUKAN POLIS. KETIBAAN PESERTA YANG MEMASUKI KAWASAN MAJLIS DISAMBUT DENGAN ALUNAN REBANA . SEBELUM KUMPULAN LELA RENTAKA MENGAMBIL TEMPAT MENGALUNKAN MUZIK MENYAMBUT KETIBAAN PESERTA . BEBERAPA KALI JUGA BERMAIN DI FIKIRAN LAGU APA YANG HENDAK DIMAINKAN, SEHINGGA YOB KHAIRUL MEMBISIKKAN UNTUK MEMAINKAN MUZIK 'BASIKAL TUA' . ALUNAN SERUNAI MEMAINKAN SAMBIL DISULAMI PUKULAN GENDANG DAN GONG. TERNYATA PESERTA-PESERTA BEGITU SPORTING WALAU DALAM KEADAAN LETIH , ADA YANG BERTEPUK2 TANGAN ADA YANG BERJOGET ,SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI SEMANGAT KEPADA PEMUZIK LELA RENTAKA UNTUK MEMAIKAN MUZIK MENGHIBURKAN TETAMU YANG HADIR.


SEDANG ASYIK BERMAIN TIBA SEORANG WAKIL DARI PESERTA ICT MENEMU RAMAH KAMI UNTUK DIJADIKAN LAPORAN DALAM AKTIVITI MEREKA. PELBAGAI PERSOALAN BERKAITAN GENDANG SILAT ALIRAN UTARA INI DIKEMUKAN. DENGAN PENGETAHUAN YANG CETEK, KAMI MENCERITAKAN SETAKAT MANA YANG KAMI TAHU . ALHAMDULILLAH . .. JAM 1 PETANG SEMUANYA SELESAI. MASING2 PULANG KE RUMAH SAMBIL DITEMANI KENANGAN MANIS DI MAJLIS PADA HARI INI..SEMOGA PERJUANGAN KAMI MEMPERTABATKAN PERJUANGAN GENDANG SILAT MENDAPAT RAHMAT DAN BERKAT DARI ALLAH.. SERTA SENTIASA MENDAPAT PEMERHATIAN SELALU DARI SIFU KAMI ,KUMPULAN GENDANG GEMALA KASTURI UNTUK SENTIASA MENEGUR SALAH SILAP KAMI .. INSYAALLAH.....

Ahli cawangan Ipoh berbuka puasa bersama....


Terlebih dahulu kami Perguruan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa Negeri Perak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat2 serta kenalan tidak kira di mana berada dengan iringan maaf zahir dan batin sekiranya ada tersalah kata dan sebagainya.







Entri kali ini kami bawakan saat-saat indah 27 hb Ogos antara semua ahli cawangan ipoh berbuka puasa bersama di rumah yob khairul.Walaupun agak ala kadar saja namun kemeriahan dapat dirasai . Jam 5 petang semua berhimpun di rumah yob untuk mengambil tugas masing-masing pada majlis tersebut. Ada yang membasuh ikan, ada yang membakar ikan , masing2 sibuk menjalankan tangungjawab masing2....



Kelesuan dalam berpuasa bagaikan hilang seketika apabila sama2 berkumpul sesekali bergotong royong menyediakan juadah berbuka puasa.Tepat kan 7.25 malam, azan berkumandang , walaupun sudah waktu berbuka namun ikan masih belum siap dibakar sepenuhnya.




Buah kurma serta air menjadi pengalas perut .Alhamdulilah tidak lama kemudian semuanya siap disediakan , terima kasih kepada keluarga yob (khairul) yang banyak membantu kami serta menyediakan juadah sampingan kepada kami semua. Semoga aktiviti seperti ini akan berterusan setiap tahun. sekian... Selamat Merdeka Raya...2011..

Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.