Link within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday 27 June 2011

Mesyuarat Agung PSSTLKJ 2011


Setelah lama blog ini tidak dikemaskini, kini kami tampil dengan nafas baru memperbaiki kelemahan. Pada mulanya banyak yang hendak dikongsikan, namun biarlah berperingkat. Dimulakan dengan aktiviti perguruan yang terbaru dan boleh dilabelkan sebagai sebuah majlis yang agak dinantikan semua ahli. Tanggal 26 JUN 2011, tibalah masanya mesyuarat perguruan berlangsung. Majlis yang dijangka dimulakan jam 9 pagi ini dihadiri semua ahli dari pertubuhan seni silat terlak lintau dan kuntau jawa dari pelbagai cawangan sekitar perak. Seawal jam 9.30 pagi, mainan muzik silat dimainkan bagi menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir . Alangkah bertuahnya kami ahli yang baru kerana mesyuarat kali ini dihadiri oleh beberapa ahli yang lama boleh dikira sebagai 'otai' la, antara nya ialah, Pak Usop Shah dan juga Pakcik Azman.




Tepat jam 10 pagi, kelihatan Pengerusi pertubuhan tiba, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa serta agenda-agenda yang perlu dibahaskan. Alhamdulilah...sepanjang mesyuarat berlangsung, semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Sehingga jam 12.30 tengah hari, mesyuarat ditangguhkan dan tibalah masa untuk semua ahli menikmati juadah makan tengah hari. ternyata keakraban antara ahli mula dirasai apabila sesekali berkumpul bersama. Telatah seorang demi seorang ditangani. Setelah selesai makan, permintaan dari otai lama kepada ahli untuk mempersembahan corak permainan di hadapan mereka. 3 pasangan mula mengorak langkah silat sambil alunan muzik mengiringi persembahan mereka.







Ternyata kemesraan lebih dirasai apabila sama-sama berhibur menyaksikan persembahan. setelah semuanya selesai.. Seperti biasa, sesi bergambar beramai2 semua ahli dari pelbagai cawangan dilaksanakan. Sebelum pulang molek juga diambil kenang2ngan sebagai bukti keutuhan Perguruan Seni Silat Terlak Lintau dan Kuntau Jawa Negeri Perak.